Assalamualaikum :) Wah sering kali aku lupa akan kewujudan blog aku ni. Nak lupuskan saja rasanya tapi sayang pula. Jadi dibiarkan bersawang begini rupa. Pagi ni aku nak Berkongsi bagaimana untuk menambah keluasan kapasiti storage blackberry. Lebih specific blackberry curve 3g kerana aku memiliki sebuah blackberry model ini.
Pada pemulaan aku mula mengenal blackberry ini, aku rasa sangat kecewa dengan Blackberry curve milik aku ini. Kenapa? Kerana aku tidak dapat nak install banyak aplikasi disebabkan kapasiti simpanan dalaman Blackberry ini tersangatlah kecil. Ingin aku tekankan disini bukan kapasiti simpanan luaran(kad memori) kerana segala aplikasi Blackberry hanya menggunakan simpanan dalaman dan tidak boleh diinstall pada kad memori.
Mungkin aku boleh katakan aku hanya mampu menambah 3-4 aplikasi kegemaran sahaja tidak lebih dari itu. Sebagai peminat aplikasi(ya rasa menyesal juga tidak membeli telefon bimbit berplatform android) aku sangat kecewa dengan masalah ini. Jadi aku cuba mencari jalan penyelesaian bagaimana untuk membesarkan kapasiti simpanan dalam. Dan berita gembiranya aku sudah berjaya jumpa jalannya! Bagimana? Ya dengan membuang bahasa asing yang tidak kita gunakan.
- Anda perlukan "BlackBerry Desktop Manager software". Boleh download di SINI dengan percuma.
- Anda juga perlukan "USB cable" untuk blackberry anda.
- Sambungkan Blackberry anda pada USB cable dan komputer anda.
- Buka "BlackBerry Desktop Manager" jika ia tidak terbuka secara otomatik setelah anda menyambung USB cable pada komputer anda.
- Pergi pada tab "Application" dan lihat pada bahagian "Language and Input Support".
- Pilih Bahasa yang anda mahu sahaja, seperti biasa hanya pilih pada bahasa inggeris dan anda boleh pangkah semua bahasa yang tidak berkaitan seperti spanish, french dan sebagainya. Contohnya saya hanya memilih English UK. Dan memadam semua bahasa lain.
- Setelah selesai memilih bahasa, Klik pada "Apply" dan tunggu process berakhir sebelum anda mencabut USB Cable anda.
Process penukaran akan mengambil masa beberapa minit dan blackberry anda bakal restart. Tunggu sehingga process selesai. Tada! siap kini anda boleh install lebih banyak aplikasi pada blackberry anda! Sebelom membuat penukaran ini, aku memiliki lebihan hanya 15MB untuk aplikasi dan selepas pengubahsuaian ini aku miliki 56MB ruang lagi!
Mahu BBM aku? ini PIN 280C4576. Atau boleh terus scam QR code dibawah:











